Wednesday, 16 October 2013

3. PANDANGAN (A)

a) Ibu bapa membenarkan anak berusia 6 bulan menggunakan ipad atau android. Apakan pro dan cons kepada kanak-kanak tersebut di masa akan datang.

kebaikan
Pada pandangan saya, apabila kanak-kanak yang berumur 6 bulan telah menggunakan android dan ipad, ia akan memudahkan dan mempercepatkan proses pertumbuhan kanak-kanak tersebut. Dengan menggunakan ipad, ibu bapa boleh mengajar anak-anak dengan memasukkan video pembelajaran seperti ABC di dalam android tersebut. Walaupun umur mereka masih kecil, mereka sudah pandai bermain dengan teknologi dan berfikiran kreatif. Di dalam android itu juga, ibu bapa boleh meletakkan pelbagai permainan untuk pembelajaran kanak-kanak. 

keburukan
Disebalik kebaikan, pasti ada keburukan. Keburukannya ialah, kanak-kanak itu akan berada di dalam dunianya sahaja. Tidak mahu bergaul dengan orang lain, tidak tahu dan tidak mahu bermain permainan yang lain seperti di taman permainan. Kurang pengajaran dari segi rohani dan jasmani. Kemungkinan ramai kanak-kanak yang berusia 6 bulan mengalami penyakit. Hal ini kerana ibu bapa mereka dari kecil mengajar mereka bermain dengan android dan tidak mengajar kanak-kanak tersebut bersenam atau melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.tambahan pula, akan menyebabkan kanak-kanak seusia ini cepat matang sebelum sampai masanya. 

No comments:

Post a Comment