Wednesday, 16 October 2013

PANDANGAN (B)

b) Pro and cons ibu bapa membiarkan anak remajanya berusia 15 tahun ke atas bermain permainan komputer.

i) masa depan mereka

kebaikan
Dengan bermain game, ia akan menjadikan pemikiran seseorang itu lebih kreatif dan tajam.contohnya bermain puzzle, ia akan mengasah otak supaya berfikir untuk menyelesaikannya. Mereka juga mampu berfikir bagaimana cara untuk melepaskan diri atau untuk memenangi sesuatu permainan itu. Dari situ mereka akan belajar tidak mudah mengalah atau berputus asa dan sentiasa berfikir skil-skil yang boleh mereka gunakan. Selain itu, dengan bermain permainan dalam computer, ibu bapa tidak risau kerana anak-anak berada di depan mata. Pada umur 15 tahun ini, anak-anak cenderung untuk berkawan dan melepak bersama kawan-kawan. Apabila mereka salah memilih kawan, mereka akan terjebak dengan masalah sosial seperti merempit dan sebgainya. Oleh itu, bermain permainan ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan anak-anak keluar bersama kawan-kawan. Mereka akan leka dengan permainan itu.

keburukan
Keburukannya pula akan menyebabkan anak-anak tersebut tidak pandai bergaul dengan orang sekeliling dan tidak mempunyai ramai kawan sebaya. Mereka hanya lebih suka berkurung bermain dengan permaianan dalam komputer. Tambahan pula, ia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit obesiti dan rabun. Hal ini kerana, apabila mereka leka dengan permainan tersebut pemakanan mereka tidak dijaga dengan baik atau tidak teratur. Ada yang langsung tidak makan atau ada yang  sentiasa membawa makanan ringan seperti jajang berhampirannya untuk bermain sambil makan. Mereka langsung tidak melakukan aktiviti di luar seperti beriadah dan bersenam.  Keburukan lain pula, pembelajaran mereka di sekolah mungkin akan merosot kerana meraka hanya membuang masa bermain permainan tanpa membahagikan masa untuk membuat ulangkaji mata pelajaran.


ii) untuk masa depan dunia

kebaikan
negara akan mempunyai ramai generasi-generasi muda yang kreatif dan berdaya saing.apabila bermain permainan dalam komputer seperti bermain golf, atau badminton, ia akan melahirkan minat dalam diri seseorang itu untuk mencuba bermain di alam realiti. secara tidak langsung, negara akan mempunyai ramai atlet-atlet muda.ibu bapa harus menyokong mengasah minat anak-anak melalui permainan dalam komputer dan jangan sesekali menghalang minat mereka.

keburukan
negara kita mungkin akan mempunyai ramai pesakit. hal ini kerana pelajar yang terlalu obses bermain perrmainan secara maya ini terleka dan tidak sedar yang mereka masih berada di alam realiti. mereka tidak kisah dengan hal sekeliling dan tidak menjaga kesihatan mereka. ini akan merugikan negara kerana, anak-anak muda ini yang akan membangunkan negara ke persada antarabangsa, jika tiada pelapis muda bagaimana negara kita hendak mencapai negara maju.  

No comments:

Post a Comment