Wednesday, 16 October 2013

1. BAGAIMANA TELEKOMUNIKASI MEMBERI KESAN KEPADA KOMUNITI

BAGAIMANA TELEKOMUNIKASI MEMBERI KESAN KEPADA KOMUNITI DARI SEGI PENDIDIKAN, EKONOMI, DAN SOSIAL.




Telekomunikasi merupakan dasar komunikasi elektronik jarak jauh sama ada satu hala atau dua hala. Contoh telekomunikasi ialah telegraf, telefon, radio, televesyen, internet, wifi dan sebagainya. Telefon merupakan sistem perhubungan yang utama dalam kehidupan seharian. Telefon memudahkan kita dalam melaksanakan kerja. Internet pula adalah satu jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Telekomunikasi memberi banyak kesan kepada kita sama ada dari segi pendidikan, ekonomi dan juga sosial. Dengan kemudahan telekomunikasi yang ada pada masa ini, menjadikan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Mereka  boleh memdapatkan informasi-informasi terkini daripada radio, televisyen dan internet. Dari segi ekonomi pula, kita boleh berniaga melalui talian seperti e-dagang. Jika ingin memasarkan barangan tempatan ke luar Negara, kita boleh berhubung dengan mereka menggunakan internet iaitu membuat video call.

CONTOH TELECENTER DI MALAYSIA
bestari.com di Kuala Terengganu

PRO DAN CONs MENGGUNAKAN TELEKOMUNIKASI


PRO
CONs
Pendidikan
memudahkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini daripada radio dan televisyen.

Kepada pelajar pula, mereka boleh mendapatkan maklumat tambahan daripada internet contohnya learning zone dan laman sesawang lain.
Penyalahgunaan kemudahan internet untuk membuka laman yang tidak sepatutnya.


Tanpa pengawasan ibu bapa, kanak-kanak mungkin mendapatkan maklumat yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka. 
Ekonomi
Memudahkan urusan perniagaan tidak perlu lagi menjual barang-barang dari rumah ke rumah, sekarang kita boleh menjual produk-produk hanya di dalam talian. Contoh mudah.com

Tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli produk kecantikan dan juga pakaian. Hanya membeli melalui talian.



Tidak tahu sama ada barang yang dihantar terus ke rumah berkualiti atau tidak, kemungkinan berlaku kerosakan.



Tidak dapat merasakan kepuasan hati terhadap barang yang ingin dibeli sebelum membelinya. kerana tidak melihat sendiri barang tersebut.



Sosial
Boleh mendapat lebih ramai kawan dalam dan juga luar Negara iaitu dengan menggunakan facebook.

Menghubungkan semula kenalan lama yang telah terputus hubungan.



Tidak berjumpa secara bersemuka kerana hanya menggunakan telefon dan juga facebook.

Tidak bergaul dengan masyarakat kerana selalu dengan dunia maya.

Mudah terpedaya dengan kawan di laman sosial.


No comments:

Post a Comment